23.11.09

isu MAMALI menyayat hati

Ulangtahun peristiwa MAMALI ke-24
Sejarah yang tidak dapat dilupakan...

Mamali adalah peristiwa berdarah yang dahsyat yang ditumpahkan oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan misi tersebut diketuai oleh Dato' Musa Hitam yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Tanggal 19 November 1985 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh PAS khususnya keluarga mangsa dan dan penduduk Mamali, Kedah.

18 November 1985
Sekitar jam 7.45 malam Pegawai tertinggi mengeluarkan arahan bahawa pasukan polis(1600 orang) akan menyerang hendap kem komunis yang ada di daerah Baling, Kedah yang bersempadan dengan Thailand kononnya, padahal sasaran yang dimaksudkan adalah rumah Ustaz Ibrahim Mahmod dan sekitarnyar, termasuklah pengikut2 Ustaz Ibrahim yang berada di kawasan madrasah berhampiran rumah Ustaz Ibrahim.


Jam 8.05 malam berlaku sedikit kekecohan antara pegawai pemerintah kem Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi dari Bukit Aman. Kekalutan adalah disebabkan salahfaham tentang arahan palsu. Arahan tersebut rupa-rupanya hendak disasarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya. Akhirnya pegawai Sg. Petani cuba menghubungi Musa Hitam, kemudian Musa memberi peluang kepadanya untuk bercakap, pegawai Sg. Petani merayu bahawa Ustaz Ibrahim adalah seorang ulama' yang telah membawa banyak perubahan di Kampung tersebut.

19 November 1985
Tepat jam 12.00 pagi arahan agar operasi hapus diteruskan, arahan dikeluarkan oleh Dato' Musa Hitam yang merupakan ketua misi operasi penghapusan, tepat jam 1.00 pagi seramai 3600 anggota polis bersama pegawainya tiba di Kg. Mamali lengkap dengan senjata automatik dan kereta perisai, kononnya nak tangkap pengganas tapi menghapuskan ulama'. Kenapa perlu takut dan benci pada ulama', kenapa perlu bunuh rakyat sendiri? Dan Kg. Mamali dikepung oleh ribuan polis yang dikerah.

Tepat jam 8.15 pagi setelah mendapat kelulusan daripada Dato' Razi Ahmad selaku Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengerah 2 kereta berperisai menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, dan akhirnya Ustaz Ibrahim Libya gugur sebagai syuhada', sebelum beliau mati beliau sempat mengucapkan Alhamdulillah kerana telah mengorbankanku ke dalam syahid, itulah impiannya sejak di bangku universiti untuk mati syahid. Akhirnya dia terus menyebut kalimah Allah sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

arwah almarhum Ustaz Ibrahim Libya

Gugurnya syuhada' bukan seorang bahkan ramai lagi termasuk pengikut2 Ustaz Ibrahim Libya, ditambah lagi dengan mereka yang cedera dalam insiden tersebut. Insiden terkutuk yang dirancang itu merupakan tindakan yang paling kejam dilakukan oleh seorang pemimpin yang sepatutnya menjaga nyawa rakyat tapi membunuh rakyat sendiri. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak mahu mengiktiraf Ustaz Ibrahim Libya sebagai syuhada'. Yang pasti Allah telah mengangkatnya sebagai syuhada' amin.

Musa Hitam akhirnya mengarahkan pihak polis agar menangkap semua orang kampung untuk menahan agar operasi tersebut tidak didedah. Jam 3.00 petang pula kerja2 menangkap saki-baki diteruskan, mereka diterbangkan dengan 2 helikopter polis. Mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Apa yang menyayat hati adalah mereka tidak mati disepak dan ada juga yang ditembak sehingga mati. Tindakan kejam ini tidak dapat dilupakan sampai bila2, semoga Tuhan membalasnya.

Sekarang, isu Mamali sudah berlalu lebih 20 tahun, ramai yang terlibat secara langsung sudah meninggal dunia namun masih ramai lagi yang masih hidup sehingga hari antaranya adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Dato' Musa Hitam. Beribu-ribu ringgit telah dibelanjakan oleh keluarga mangsa untuk membawa isu ini ke mahkamah bagi mendakwa kerajaan Barisan Nasional namun kes ini tidak pernah dibicarakan walau seminit malah ditangguh tahun demi tahun.

Kesimpulannya, adakah isu Mamali wajar berlaku kepada negara seperti Malaysia,a dakah wajar tindakan seorang pemimpin Islam membunuh rakyatnya dengan cara yang kejam, menganggap rakyatnya seperti pengganas, inikah yang diperjuangkan oleh UMNO, membunuh, menangkan dan menghapuskan pendakwah2 dan ulama'2 Islam daripada terus menyebarkan kebenaran. Hanya firaun sahaja yang zalim dan sanggup bertindak kejam terhadap rakyatnya.

Maka, seruan saya adalah supaya isu Mamali ini terus disebarkan. Kepada sesiapa yang mempunyai blog, berpenalah mengenai Mamali bukan untuk menyakiti hati kita yang sudah terluka dek isu yang menyayat hati ini tapi sebagai sejarah untuk muda-mudi kita yang akan datang, agar sejarah Mamali tidak dilupakan begitu sahaja, supaya semangat untuk memperjuangkan Islam itu berkobar-kobar dan UMNO itu harus dibuang jauh2.

Sumber: rujukan yang dipercayai...
"Signal Divison PDRM"

ana ambil post ini dari blog seorg ikhwan boleh dilihat di sini
http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

5 comments:

  1. "..gua takdak banyak ayat yang indah dan suci untuk mengambarkan Mahathir selain perkataan 'bangsat'... ini pandangan gua.."

    ReplyDelete
  2. Kalau dia bangsat, kau apa? Kerja nak maki je. Kau takde kat tempat tu, jangan tabur fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya Allah sahaja lebih mengetahui hal yg benar.

      Delete
  3. Artikel ni pun x complete....sama ada arwah mati syahid atau x hanya allah yg tahu....

    ReplyDelete